Berita
Alex perkuat jentera tengah Jang

SEREMBAN: Kemasukan pemain import baharu Negeri Sembilan Football Club (NSFC) Alex Agyarkwa bakal memantapkan lagi barisan tengah skuad Jang.
Alex yang merupakan pemain pinjaman Selangor FC itu dipinjamkan ke NSFC bagi satu musim.
Pemain kelahiran Ghana itu berkemungkinan digandingkan bersama Takumi sekaligus menjadikan barisan tengah anak buah Nidzam Jamil itu semakin kukuh bagi menghadapi musim baharu Liga Super.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk kita penuh Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 21 Julai ini bagi perlawanan persahabatn menentang Semen Padang FC.