Aminuddin hargai agensi penguatkuasa
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menghargai agensi penguatkuasa yang terlibat dalam beberapa siri operasi yang dijalankan sejak Januari lalu.
Aminuddin berkata, majlis ini bagi sebagai tanda penghargaan beliau kepada semua yang terlibat.
“Sesungguhnya jasa dan bakti tuan puan amat saya hargai.
“Tahniah juga saya ucapkan kepada semua lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam Ops Toksik yang menyaksikan operasi tersebut tular ke media sosial dan mendapat sambutan.
“Dalam pada itu, saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi dalam isu-isu seperti pendatang asing tanpa izin, pencemaran, pencerobohan tanah dan kecurian sumber mineral di negeri ini.
“Hal ini kerana aktiviti sebegini tidak sepatutnya berlaku dan saya harap agar isu seperti ini dapat dibendung dan mereka yang ditangkap dikenakan hukuman yang setimpal.
“Saya juga tidak akan teragak-agak untuk memecat mana-mana penguatkuasa yang turut berkompromi sebagaimana langkah yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memecat mana-mana Menteri yang didapati menyalahgunakan kuasa,” kata Aminuddin.