Aminuddin menolak cadangan bertanding jawatan Presiden FAM

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menolak cadangan peminat bolasepak agar beliau bertanding sebagai Presiden FAM.
“Tanggungjawab sebagai Presiden FAM memerlukan komitmen yang tinggi, bukan satu tugas yang boleh dibuat secara sambilan.
“Saya yakin bahawa persatuan bolasepak di semua negeri boleh memikirkan calon-calon yang terbaik (semasa pemilihan semula) bagi memastikan program bolasepak dapat diteruskan dan dikembangkan
“Saya yakin bahawa kita harus lebih professional dalam semua aspek sukan bolasepak yang ada di negara kita,” kata Aminuddin.
Cadangan itu dilontarkan susulan semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025–2029 meletakkan jawatan mereka secara beramai-ramai pada hari ini.



