Berita

Aminuddin nasihat pengikut GISB ikuti kursus pemulihan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menasihatkan pengikut GISB Holding Sdn Bhd (GISB) supaya mengikut kursus pemulihan akidah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Pada mereka yang pernah atau masih mengikut GISB ini dan mahukan pemulihan, daftarlah dengan Jabatan Agama Islam ataupun pihak polis.

“Ini supaya mereka dapat mengikuti pemulihan tersebut selama tiga bulan.

“Kepada mereka yang berada di Negeri Sembilan, daftarlah secara sukarela,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menyatakan bahawa ajaran GISB adalah sesat kerana mengikuti ajaran Aurad Muhammadiyyah.

“Tidak perlu fatwa baru.

“Kerana mereka menjadikan Aurad Muhammadiyah sebagai panduan yang mana ajaran tersebut telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan,” tambahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button