Aminuddin rai masyarakat India sempena sambutan deepavali di Sikamat

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, telah meraikan masyarakat India sempena sambutan Deepavali dalam Majlis Malam Semarak Deepavali 2025 Peringkat DUN Sikamat yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Coral Heights malam tadi.
Menurut Aminuddin, penganjuran majlis berkenaan menjadi wadah mengukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Negeri Sembilan.
“Perayaan Deepavali bukan sekadar sambutan penuh warna-warni, tetapi lambang kepada kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan serta cahaya ilmu yang menghapuskan kegelapan kejahilan.
“Nilai ini selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan sikap saling menghormati, memahami dan menghargai kepelbagaian budaya.
“Kehadiran dan sambutan meriah masyarakat pelbagai kaum mencerminkan Negeri Sembilan sebagai negeri yang harmoni dan bersatu padu,” katanya.
Aminuddin turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta penduduk yang menjayakan majlis tersebut.
“kehadiran masyarakat pelbagai kaum dalam majlis ini mencerminkan Negeri Sembilan sebagai negeri yang harmoni dan bersatu padu,” ujarnya lagi.