Berita

Aminuddin tinjau permasalahan SMK Redza

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah turun padang bagi meninjau permasalahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Redza.

Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu berkata, terdapat beberapa kerosakan infrastruktur sekolah.

“Seperti di dalam dewan yang digunakan bagi pelajar menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) berada dalam keadaan bahaya kerana terdapat beberapa bahagian dewan dimakan anai-anai.

“Perkara sebegini mampu mengancam keselamatan para pelajar.

“Selain itu, saya juga turut melihat beberapa fasiliti serta kemudahan yang boleh dinaik taraf dan diperbaharui memandangkan kebanyakannya dalam keadaan yang agak uzur.

“Ini supaya dapat memberi keselesaan di samping menyediakan suasana belajar yang kondusif di sini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button