Angsi Forest Challenge disertai peserta luar negara

KUALA PILAH: Acara Angsi Forest Challenge Edisi ke-3 dimeriahkan lagi dengan disertai peserta daripada beberapa buah negara.
Exco belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor berkata, terdapat peserta daripada Jepun, Filipina, China, Jerman, Myanmar, Singapura, Kanada, United Kingdom dan beberapa negara lagi.
“Penyertaan mereka ini secara tidak langsung mengangkat penganjuran acara ini ke peringkat antarabangsa.
“Pada tahun ini juga, acara ini menampilkan tiga kategori utama iaitu 53 kilometer, 25 kilometer dan 13 kilometer yang sememangnya menguji ketahan fizikal peserta.
“Acara ini turut menjadi sebahagian daripada acara yang berlangsung sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
“Ini kerana ia dapat memperlihatkan keindahan alam semula jadi Negeri Sembilan dan berpotensi menjadi eko-pelancongan negeri kita,” kata Mustapha.
Mustapha berkata demikian di Majlis Penyampaian Hadiah Angsi Forest Challenge yang bertempat Taman Eko Rimba, Ulu Bendul.



