BeritaMenarikProgram

Arul Kumar nasihat peniaga Bazar Ramadhan sedekah makanan

NILAI: Setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, mesti akan ada lebihan makanan dan minuman yang tidak dapat dijual oleh peniaga di Bazar Ramadhan.

Justeru itu, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar menasihatkan peniaga bazar Ramadhan sedekah makanan dan minuman yang tidak habis dijual kepada golongan gelandangan, anak yatim dan keluarga miskin.

“Saya menyambut baik inisiatif SWCorp Negeri Sembilan melalui program MySaveFood apabila setiap hari beratus kilogram makanan dan minuman dapat dikumpul dan diagihkan kepada gelandangan, rumah-rumah anak yatim dan keluarga miskin.

“Melalui cara ini kita dapat elakkan pembaziran dan hargai makanan.

“Saya juga berharap setiap penganjur Bazar Ramadan di Negeri Sembilan dapat laksanakan program ini sepanjang bulan Ramadan,” ujar Arul Kumar yang juga ADUN Nilai.

Arul Kumar berkata demikian kepada Negeri Kita selepas merasmikan program MySaveFood di Bazar Ramadhan Putra Nilai di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button