Berita

Arul lawat Stesen Keretapi Gemas Lama

GEMAS: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar turun untuk melawat Stesen keretapi Gemas Lama.

Arul Kumar berkata, stesen keretapi tersebut kini berada di bawah seliaan Majlis Daerah Tampin.

“Majlis Daerah Tampin kini dalam proses untuk melantik operator bagi menguruskan kawasan ini.

“Hal ini demikian supaya stesen yang mula beroperasi sejak tahun 1906 dan berpindah ke stesen baru pada 2012 dapat dijaga dengan baik.

“Ia adala kerana stesen ini merupakan tempat bersejarah yang mempunyai lokomotif dan bahan artifak yang perlukan penjagaan rapi,” kata Arul Kumar.

Turut hadir, Exco Pelancongan, Nicole Tan Lee Koon, ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren, Setiausaha Majlis Daerah Tampin, Nur Hidayah Hassan dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Show More

Related Articles

Back to top button