Berita

Arul tinjau kualiti kerja kontraktor baharu

NILAI: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar telah turun padang bagi meninjau kualiti kerja kontraktor baharu yang dilantik bagi menguruskan landskap di kawasan Bandar Baru Nilai.

Arul Kumar berkata, kontraktor tersebut baru dilantik empat bulan lepas dan terdapat perubahan daripada segi kualiti kerja.

“Walaupun terdapat pertambahan kualiti kerja yang dilaksanakan, saya juga meminta beberapa kerja lain perlu dilaksanakan agar keadaan lebih cantik.

“Sebelum ini hampir semua kawasan di sini berada dalam keadaan teruk selama dua tahun.

“Kejadian tersebut juga menjadi pengajaran kepada semua pihak agar pelantikan kontraktor perlu dilakukan dengan teratur dan paling penting mempunyai kemampuan untuk melaksanakan semua kerja ini.

“Selain itu, saya juga telah meminta agar Majlis Bandaraya Seremban supaya menamatkan kontrak atau tidak memperbaharui mana-mana kontraktor yang tidak memberikan perkhidmatan terbaik,” kata Arul Kumar.

November lalu satu laporan berita telah dimuat naik dan boleh rujuk di sini:

Kontraktor baharu mulakan kerja pemotongan rumput dan landskap di Bandar Baru Nilai

Show More

Related Articles

Back to top button