SEREMBAN: Atlet kelahiran Negeri Sembilan, Wong Weng Son telah memenangi pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Taolu di Jepun.
Weng Son berjaya membawa pulang pingat emas bagi acara Jianshu Lelaki di Piala Dunia Taolu Edisi Ketiga di Yokohama, Jepun.
Weng Son, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata.