Berita

34,562 keluarga miskin tegar diberi perlindungan takaful

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Pelan Takaful Khairat Kematian yang memberi perlindungan (insuran) kepada 34,562 keluarga miskin tegar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan sebagai caruman untuk 34,562 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Pelan Takaful Khairat Kematian ini terbuka kepada rakyat yang layak tanpa mengira agama dan kaum.

“Caruman akan dibuat secara berfasa dan turut memberi perlindungan tambahan kepada isteri dan dua orang anak yang berumur 18 tahun ke bawah.

“Caruman ini akan membolehkan waris menerima bantuan kecemasan berjumlah RM2,000 selepas kematian individu yang dinamakan.

“Manakala kematian akibat kemalangan, waris akan menerima bantuan berjumlah RM 8,000,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, KIR yang terpilih menerima perlindungan takaful ini berdasarkan senarai e-Kasih Negeri Sembilan untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan.

“Inisiatif Kerajaan Negeri ini adalah sebagai tanda simpati dan menzahirkan rasa prihatin dalam membantu meringankan beban waris,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button