BeritaMenarik

Bajet terbaik untuk keluarga besar Negeri Sembilan

PUTRAJAYA: Kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan telah ‘berkampung’ selama tiga hari di Putrajaya bagi membincang dan merangka draf Belanjawan 2025.

Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, ibu bapa yang bertanggungjawab adalah yang menyediakan anak-anaknya dengan kecukupan dari pelbagai perkara.

“Pakaiannya, makan minumnya, tempat tinggalnya dan pelbagai lagi.

“Tidak boleh dinafikan, sifat empati ibu bapa cukup tinggi dalam membesar dan mendidik anak-anak sehinggalah mereka besar dan berjaya.

“Begitulah juga Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

“Barisan Exco, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan berkampung di Putrajaya bagi merangka draf sebuah bajet yang terbaik untuk keluarga besar kita di Negeri Sembilan,” kata Jalaluddin yang juga Exco (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.

Show More

Related Articles

Back to top button