
KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Dato’ Ir. Bakri Sawir telah turun bagi meninjau aduan hakisan tanah yang berlaku di Kampung Kemin.
Bakri berkata, masalah hakisan tanah tersebut berlaku kerana tiada sistem saliran air yang baik.
“Oleh hal yang demikian, sewaktu hujan lebat, air mengalir dengan deras dan menyebabkan terjadinya hakisan.
“Kesan daripada kejadian tersebut, tanah di sekitar rumah penduduk semakin terhakis dan boleh menjejaskan keselamatan kediaman berhampiran.
“Keadaan ini membimbangkan dan memerlukan perhatian segera daripada pihak berwajib agar tidak menjadi lebih serius.
“Dalam pada itu, saya bersama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung serta jabatan berkaitan akan meneliti isu ini dengan lebih lanjut dan mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian demi kesejahteraan penduduk kampung,” ujar Bakri.



