Banyakkan program kesihatan digital, langkah ke arah perkhidmatan lebih cekap
KUALA PILAH: Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato’ Adnan Abu Hassan, menekankan kepentingan memperluaskan kemudahan kesihatan rakyat dengan memperbanyakkan program kesihatan digital sebagai langkah ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan mudah diakses.
Beliau berkata demikian dalam program Future Health for All anjuran Kementerian Komunikasi (MCMC) yang berlangsung di Nadi Seri Menanti, Terachi.
Beliau turut memuji inisiatif MARA melalui program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) yang merangkumi U.n.i. Klinik, U.n.i. Farmasi, dan U.n.i. Dental.
Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma (PeKa B40), Pengalaman Realiti Maya (VR) termasuk Health Tech VR Game Console, pertandingan mewarna dan Crossroad, cabutan bertuah dan baucar penjagaan kesihatan.