Berita

Bayi alami jantung berlubang dapat perhatian Rajasekaren

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G.Rajasekaren telah turun padang bagi melihat keadaan seorang bayi yang mengalami masalah jantung berlubang.

Rajasekaren berkata, bayi tersebut baru berusia satu bulan.

“Lawatan yang diadakan ini juga adalah untuk memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan kepada keluarga bayi tersebut yang menghadapi cabaran besar dalam mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan.

“Bayi tersebut juga didiagnosis dengan masalah jantung berlubang sejak lahir dan memerlukan rawatan segera.

“Oleh kerana kos rawatan yang tinggi di Institut Jantung Negara (IJN) ia menjadi kekangan kepada keluarga ini,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button