BeritaMenarik

Belanjawan 2025 bakal tawar pelbagai inisiatif menarik untuk rakyat Negeri Sembilan

PUTRAJAYA: Belanjawan 2025 bakal menyediakan pelbagai inisiatif menarik kepada kehidupan rakyat Negeri Sembilan,’ kata Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Seri Jalaluddin Alias.

“Malam tadi (Khamis) saya dan rakan-rakan Exco, ADUN dan ketua-ketua jabatan berhimpun di Dorsett Hotel, Putrajaya bagi mendengar amanat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan untuk mendraf Belanjawan 2025.

“Belanjawan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2025 merupakan belanjawan kali kedua Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

“Selesai saja acara rasmi, kami berkumpul dengan ketua-ketua jabatan untuk teliti kembali setiap cadangan bajet di bawah portfolio saya.

“Begitu juga dengan Exco-Exco yang lain.

“Kita tidak mahu ada sebarang ketirisan, pembaziran dan perkara yang tidak memberi impak kepada rakyat,” ujar Jalaluddin yang juga Exco (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button