Berita

Belanjawan 2026 dibentang hari ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat petang ini dengan pendekatan yang menekankan keseimbangan antara pengukuhan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Anwar berkata, kerajaan komited memastikan setiap peruntukan memberi manfaat langsung kepada rakyat tanpa mengabaikan usaha memperkukuh asas ekonomi negara.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan bahawa Belanjawan 2026 akan memberi tumpuan kepada pengukuhan sistem perlindungan sosial serta meningkatkan daya tahan isi rumah terhadap cabaran ekonomi semasa.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah pentadbiran Anwar dan yang pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang meliputi tempoh 2026 hingga 2030.

Ia dijangka menjadi asas kepada pembangunan semula negara secara inklusif dan mampan.

Terdahulu, bagi Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM421 bilion di bawah kerangka Malaysia MADANI bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Show More

Related Articles

Back to top button