BeritaMenarik

BELANJAWAN MADANI 2025: RM7.5 bilion untuk TVET

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan di atas pengumuman Belanjawan MADANI 2025 melibatkan TVET.

“Sebanyak RM7.5 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi pemerkasaan TVET merentas pelbagai pemain industri TVET.

“Kementerian Belia dan Sukan akan terus memperluas penyampaian TVET melalui TVET Sukan dengan menawarkan beberapa kursus baharu seperti Kursus Pembinaan dan Penyelenggaraan Fasiliti Sukan, Permotoran Sukan (empat roda dan dua roda), dan Fotografi Sukan,” ujar Hannah.

Hannah berkata demikian di Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-19.

Dalam pada itu, Hannah mengucapkan syabas dan tahniah kepada 4,320 graduan Institusi Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang bergraduat pada tahun ini.

“Tahniah juga kepada semua ibu bapa ke atas anak-anak anda.

“ILKBS telah membuktikan bahawa graduan ILKBS juga mampu untuk cemerlang sehingga di peringkat dunia.

“Tahun ini, dua orang peserta ILKBS telah terpilih mewakili negara sebagai peserta ke peringkat dunia di WorldSkills Competition 2024.

“Oleh kerana pencapaian sebeginilah, saya telah mengusulkan supaya diadakan pertandingan TVET sebagai salah satu aktiviti di bawah Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button