Berita

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

BAHAU: Semangat muafakat terpancar apabila barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan daripada ‘Democratic Action Party’ (DAP) berganding bahu membantu mangsa banjir yang terjejas di Bahau.

ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren berkata, usaha ini sebagai bukti kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat, dengan misi utama membantu mangsa banjir melakukan kerja-kerja pembersihan dan menyerahkan bantuan.

“Lebih 70 sukarelawan menyertai usaha ini, termasuklah ADUN Bahau, Teo Kok Seong, ADUN Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon, serta Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Saminathan, bersama ramai lagi,” ujar Gunasekaren dengan penuh penghargaan.

Beliau turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang turun padang dan menyumbang tenaga dalam misi ini.

“Dengan bantuan ramai, kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dan teratur.

“Ia memberikan kelegaan besar kepada mangsa-mangsa banjir,” tambahnya.

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mangsa banjir tetapi juga memperkukuh nilai perpaduan dan saling membantu dalam masyarakat. Ribuan penghargaan diberikan kepada semua sukarelawan yang membuktikan makna sebenar pepatah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

BAHAU: Semangat muafakat terpancar apabila barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan daripada ‘Democratic Action Party’ (DAP) berganding bahu membantu mangsa banjir yang terjejas di Bahau.

ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren, menyifatkan usaha ini sebagai bukti kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat, dengan misi utama membantu mangsa banjir melakukan kerja-kerja pembersihan dan menyerahkan bantuan.

“Lebih 70 sukarelawan menyertai usaha ini, termasuklah ADUN Bahau, Teo Kok Seong, ADUN Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon, serta Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Saminathan, bersama ramai lagi,” ujar Gunasekaren dengan penuh penghargaan.

Beliau turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang turun padang dan menyumbang tenaga dalam misi ini.

“Dengan bantuan ramai, kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dan teratur.

“Ia memberikan kelegaan besar kepada mangsa-mangsa banjir,” tambahnya.

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mangsa banjir tetapi juga memperkukuh nilai perpaduan dan saling membantu dalam masyarakat. Ribuan penghargaan diberikan kepada semua sukarelawan yang membuktikan makna sebenar pepatah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Show More

Related Articles

Back to top button