PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerima laporan berkaitan pengiklanan mendapatkan lesen memandu tanpa ujian di media sosial.
Menerusi iklan di laman ‘TikTok’ yang menggunakan nama ‘@lesenmemandu_my’ itu, beberapa perkhidmatan ditawarkan antaranya boleh memilih kelas lesen bagi permohonan lesen tanpa ujian, lesen memandu yang akan diterima adalah sah dan direkodkan dalam sistem JPJ.
JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang ini dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih.
Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)