Berita

Berjayakah kita mendidik umat Islam hari ini: AMINUDDIN

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mempersoal adakah kita hari ini berjaya mendidik umat Islam untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri.

Hal ini kerana terdapat banyak permasalahan yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat Islam seperti ajaran sesat, fitnah dan cacian.

“Perkara seperti ini merupakan ancaman kepada umat Islam hari ini.

“Oleh itu, saya menyambut seruan daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Daurah MADANI Hadis 40 Imam Nawawi ini dilaksanakan.

“Ini supaya kita dapat membina karakter dan bangsa bagi menghadapi ancaman yang lebih besar.

“Dalam masa sama, perkara paling penting adalah memastikan penyampaian kita kepada generasi akan datang dapat difahami dan dijadikan satu cara hidup.

“Siapa yang gagaskan itu tidak penting, siapa yang bawa idea ini tidak penting.

“Yang penting adalah perkara ini dapat diterapkan dalam masyarakat,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penutup Daurah MADANI Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Negeri Sembilan di Politeknik Port Dickson pada Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button