Berita

Bina ekosistem perkukuh penyertaan wanita dalam kepimpinan

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu membina ekosistem yang inklusif bagi memperkasa penyertaan wanita dalam kepimpinan di semua peringkat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, itu mesej yang beliau sampaikan semasa menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN (AWES) 2025.

“Saya tekankan bagaimana pendidikan perlu menjadi asas utama untuk membentuk generasi yang berilmu, berdaya saing dan berintegriti.

“Hanya pendidikan dapat mengubah taraf kehidupan seseorang.

“Ini juga selari dengan laporan Bank Dunia yang menyatakan pendidikan yang baik dapat meningkatkan daya saing sesebuah negara.

“Platform seperti AWES 2025 adalah sangat penting untuk membina kefahaman, rangkaian hubungan, kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan wanita yang merupakan langkah penting untuk memacu ekonomi.

“Langkah-langkah proaktif perlu terus diambil untuk menambah baik ekosistem sedia ada serta memperkukuhkan representasi wanita sebagai pemimpin dalam sektor korporat dan professional,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button