Berita

Buang sisa pembinaan di tanah perkuburan, laporan polis telah dibuat

SRI TANJUNG: Satu laporan polis telah dibuat berkaitan pembuangan sisa pembinaan di Tanah Perkuburan India Taman PD Utama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr.G. Rajasekaren berkata, laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Hailam, Encik Han Ai Kuang.

“Isu sebegini perlu dipandang serius kerana ia menganggu ketenteraman awam malahan mencemari kawasan yang sepatutnya dijaga dengan kehormatan.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini amat dikesali dan kami menyeru pihak berkuasa agar menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti pelaku serta mengambil tindakan tegas.

“Tanah perkuburan sepatutnya menjadi tempat yang harus dihormati oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang.

“Kami juga menggesa pihak kontraktor-kontraktor pembinaan agar lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sisa pembinaan mereka dan tidak mengambil jalan mudah dengan membuangnya di kawasan awam,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button