Berita
Cha sumbang 10 unit pendingin hawa kepada SMK S2
RASAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 (SMK S2) menerima peruntukan RM36,700 daripada Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.
“Sumbangan ini adalah untuk pembekalan 10 unit pendingin hawa 2.5HP melibatkan jenis ‘wall type’ dan ‘ceiling type’.
“Ia menelan belanja RM36,700 dan dibiayai sepenuhnya di bawah Peruntukan Ahli Parlimen Rasah tahun 2024.
“Semoga pemasangan pendingin hawa ini akan memberi keselesaan kepada pelajar dan guru di SMK S2.
“Ini adalah kali pertama SMK S2 mendapatkan peruntukan Ahli Parlimen Rasah sejak tahun 2018.
Harapan saya agar tahun ini menjadi permulaan kepada satu hubungan yang baik antara SMK S2 dengan saya selaku Ahli Parlimen tempatan,” kata Cha.