Berita
Cha sumbang RM40,150 kepada SMK Seremban Jaya 2
RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah memberi sumbangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 sebanyak RM40,150.
Cha berkata sumbangan tersebut adalah bagi membantu pihak sekolah peralatan baru bagi kegunaan para pelajar dan kakitangan di sekolah tersebut.
“Antaranya adalah 32 set meja dan kerusi guru baru, lapan set meja dan bangku panjang di kantin, sebuah papan putih baru dan dua buah almari.
“Selain itu, sumbangan tersebut termasuk dana peruntukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk menjalankan aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada pelajar.
“Sumbangan tersebut diserahkan di Majlis Perasmian Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seremban Jaya 2,” kata Cha.