BeritaMenarik

Cha sumbang RM50,000 kepada SK Seremban 2A

SEREMBAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A menerima peruntukan RM50,000 daripada Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

“Sumbangan ini adalah untuk pembekalan enam unit pendingin hawa 2.5HP, dua unit pendingin hawa 2HP, 500 buah kerusi plastik tebal dan beberapa set ‘staking cup’,” kata Cha.

Cha mengumumkan peruntukan ini di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK S2A kali ke-21.

“Ramai ibu bapa telah menghadiri mesyuarat agung ini, bukti jelas kebersamaan di antara pihak pentadbiran sekolah dan ibu bapa demi manfaat anak-anak.

“Sejak Tuan Edie Amer menjadi Guru Besar sekolah ini, nampak jelas kewibawaan beliau memimpin dan mendapat dukungan daripada pihak PIBG dan ibu bapa.

“Beliau juga sentiasa memghubungi saya untuk membincangkan pembangunan sekolah.

“Beliau telah mengadakan perbincangan dengan saya sebelum ini, membolehkan saya mengetahui keperluan sekolah pada ketika ini,” jelas Cha.

Cha berharap, pembekalan kelengkapan tambahan ini akan menaik taraf kemudahan di SKS2A.

“Seterusnya, ia dapat menceriakan warga sekolah dan meningkatkan momentum warga sekolah,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button