Berita

DEEPAVALI: 300 keluarga terima sumbangan RM30,000 daripada Veerapan

REPAH: Sebanyak 300 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan kewangan berjumlah RM30,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam.

“Setiap ketua isi rumah menerima sumbangan kewangan dalam bentuk voucher sebanyak RM100 setiap keluarga.

“Adalah diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan sambutan Deepavali dan menceriakan keluarga penerima,” kata Veerapan di Karnival Deepavali Tampin yang diadakan di Perkarangan Tampin Square.

Sementara itu, turut diadakan Jualan MADANI dan Jualan RAHMAH dengan kerjasama KPDN Negeri Sembilan.

“Jualan ini merupakan program berkala serta harga jualan barangan adalah 30 peratus murah daripada harga pasaran.

“Karnival Deepavali Tampin ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Kesejahteraan dan Kebudayaan Tampin bersama Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah.

“Karnival ini diadakan selama 10 hari sehingga 30 Oktober 2024,” ujar Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button