Berita
Dua buah jambatan baharu telah siap dibina di Mantin
NILAI: Dua buah jambatan baharu telah dibina di Kampung Mantin Tengah dan Kampung Che Lah Mantin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, kedua-dua jambatan ini telah runtuh sebelum ini.
“Justeru itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Seremban telah membina dua buah jambatan yang baharu.
“Kedua-dua jambatan ini sangat memberi manfaat kepada penduduk untuk pergi ke kebun dan pulang ke rumah di kawasan tersebut,” ujarnya.