BeritaMenarikProgram

DUN Negeri Sembilan lulus Bajet Tambahan RM11.9 juta

Persidangan DUN Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (Sikamat – PH) telah membentangkan Belanjawan Tambahan 2024 sebanyak RM11,900,000 pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 hari ini.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri telah menyediakan Belanjawan Tahun 2024 dengan anggaran kutipan hasil sebanyak RM520 juta, manakala Anggaran Belanja Mengurus sebanyak RM555 juta termasuk Anggaran Belanja Pembangunan sebanyak RM140 juta.

“Fokus Belanjawan 2024 adalah melaksanakan inisiatif-iisiatif yang diyakini dapat mengimbangkan di antara keperluan sara hidup dan pengukuhan ekonomi supaya terus berdaya tahan (resilience).

“Berdasarkan keadaan semasa, terdapat keperluan untuk menyelaraskan semula keperluan Belanjawan Tahun 2024, dan dengan anggaran bagi perbelanjaan mengurus sebanyak RM11,900,000 bersamaan dengan 2.14 peratus daripada peruntukan asal Belanjawan Tahun 2024 yang merangkumi peruntukan untuk Emolumen sebanyak RM2,774,000; Bekalan dan Perkhidmatan RM5,565,000; Harta-Harta Modal Yang Lain RM561,000 serta Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap RM3,000,000.

“Usul ini telah diterima dalam sidang kali ini dan pihak Kerajaan Negeri semestinya akan memastikan peruntukan ini diuruskan dengan baik dan seterusnya memberikan impak kepada pendapatan Kerajaan Negeri bagi tahun 2024,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button