SEREMBAN: Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Aminuddin Harun pada 22 November lalu menyaksikan bahawa empat buah lagi masjid baharu akan dibina pada tahun hadapan.
Aminuddin berkata, empat buah masjid tersebut adalah Masjid Terapung, Port Dickson, Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Masjid Tanah Melintang, Kuala Pilah dan Masjid Al-Isra, Tampin.
“Sebanyak RM10.05 juta diperuntukkan bagi membina keempat-empat buah masjid tersebut.
“Pembinaan masjid ini penting kerana ia merupakan pusat ibadah yang penting dan bukan sahaja memberi ruang kepada umat Islam menunaikan kewajipan, tetapi boleh dijadikan pusat dakwah, pendidikan dan khidmat komuniti.
“Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi syiar Islam di negeri ini,” kata Aminuddin.