BeritaMenarikProgram

Sentuhan Prihatin OKU Negeri Sembilan bakal beri manfaat kepada 1,094 OKU

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa prihatin dalam memberi perlindungan kepada golongan rentan (vulnerable) untuk mendapatkan kehidupan yang wajar dan lebih berkualiti.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM1.34 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2025 dengan empat inisiatif iaitu satu inisiatif baharu dan tiga inisiatif sedia ada.

“Setiap kejadian ciptaan tuhan tetap sempurna walaupun mungkin ada yang dilahirkan dalam keadaan yang kurang sempurna berbanding insan lain.

“Namun, golongan istimewa ini mempunyai hak dan peluang yang sama untuk menjalani kehidupan yang normal bersama masyarakat.

“Untuk itu, sukacita saya umumkan peruntukan sebanyak RM220,000 bagi membantu 44 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sebagai program sokongan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Bantuan one-off sebanyak RM5,000 kepada setiap PDK yang bakal memberi manfaat kepada 1,094 orang pelatih OKU di bawah Inisiatif Sentuhan Prihatin OKU Negeri Sembilan,” jelas Aminuddin.

Dalam pada itu Aminuddin berkata, inisiatif sedia ada yang dikekalkan adalah Rumah Minda Ceria dengan peruntukan RM120,000, Bantuan Perolehan Alat Implan Ortopedik dengan peruntukan sebanyak RM0.5 juta dan Bantuan Rawatan Pembedahan AV Fistula bagi rawatan hemodialisis sebanyak RM0.5 juta.

Show More

Related Articles

Back to top button