Berita

Era baru buat NSFC

SEREMBAN: Musim depan merupakan satu era baru buat skuad Negeri Sembilan Football Club (NSFC) apabila beberapa pengumuman rasmi yang dibuat oleh pasukan tersebut.

Bermula dengan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Pengerusi NSFC yang baharu.

Kemudian disusuli pengumuman ketua jurulatih yang baharu iaitu Mohd Nidzam Jamil.

Pemilihan ketua jurulatih ini sudah pasti bakal memeri impak kerana pengalaman beliau mengendalikan pasukan Liga Super yang lain sebelum ini.

Selain itu, Luqman Hakim Shamsudin yang pernah beraksi di luar negara memberi satu perubahan daripada segi permainan skuad Jang.

Kembalinya, Ahmad Khuzaimi Piee sebagai pemain pertahanan akan membantu memperkuatkan benteng NSFC.

Oleh itu, musim depan yang bakal bermula tidak lama lagi sudah pasti merupakan satu era baru buat skuad tersebut selepas melakukan ‘overhaul’ dalam struktur organisasi serta pemain mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button