YB Kita
Faizal santuni pelajar SPM 11A+

LINGGI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli telah menyantuni seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, Fakhrul Iman Zainuddin yang memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan 11A+.
Mohd Faizal berkata, walaupun Fakhrul berasal daripada keluarga yang berniaga pisang goreng, namun beliau berjaya membuktikan bahawa ia bukanlah halangan untuk mencipta kejayaan.
“Ia juga menjadi satu kebiasaan setiap tahun, sebelum menduduki peperiksaan, saya akan berjumpa dengan keluarga beliau.
“Perjumpaan tersebut adalah bagi memberi nasihat dan membantu beliau.
“Saya juga turut berpesan bahawa hanya ilmu sahaja dapat mengubah kehidupan keluarga mereka,” kata Mohd Faizal.



