BeritaProgram

Festival Ghontak Nogoghi 2025

TARIKH : 24 HINGGA 26 OKTOBER 2025
TEMPAT : PANTAI BATU 1, PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN
MASA : 8.30 PAGI – 11.30 MALAM

Negeri Sembilan terkenal dengan keunikan Adat Perpatih yang masih diamalkan hingga kini, menjadikannya warisan kebudayaan yang perlu dipelihara.

Festival Ghontak Nogoghi 2025 bertujuan memperkenalkan seni dan tradisi masyarakat tempatan kepada generasi muda serta menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa dengan slogan (tagline) ‘Lantai Adat, Laman Budayo’, festival ini menampilkan kepelbagaian seni persembahan, adat, budaya dan pertandingan serta jualan produk seni budaya Negeri Sembilan sebagai platform untuk melestarikan warisan bangsa.

Festival ini juga dijadikan medium untuk mempromosi produk pelancongan seni budaya Negeri Sembilan menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

OBJEKTIF

 Memartabatkan seni dan budaya tradisional Negeri Sembilan di peringkat nasional dan antarabangsa.

 Mempromosikan 9 identiti Negeri Sembilan dalam sebuah festival sebagai pengenalan atau jati diri yang meliputi semua aspek sosial.

 Memperkukuhkan jati diri dalam kalangan masyarakat terhadap seni warisan budaya.

 Menyediakan platform bagi pelancongan budaya yang menyumbang kepada ekonomi setempat.

 Menarik minat generasi muda untuk mengenal dan memahami tentang kesenian dan kebudayaan Negeri Sembilan.

 Memupuk perpaduan melalui seni dan budaya.

PENGISIAN AKTIVITI

 Malam Gala Simfoni Ghontak Nogoghi (Penampilan istimewa Dato’ Awie, Ara Johari, Waris & XPDC)
 Aktiviti Pertandingan
– Pertandingan Hiasan Lancang Antara Daerah
– Pertandingan Busana Kebaya Setengah Tiang
– Pertandingan Dam Harimau
– Pertandingan Pencak Irama Warisan Cimande
– Pertandingan Jaguh Tiang Licin
– Kejohanan Tarian Singa Akrobatik & Kejohanan Bendera Gergasi Chingay
– Pertandingan Gendang India
– Pertandingan Kabaddi
– Pertandingan Aborigine Idol
– Pertandingan Kupas Kulit Udang
– Pertandingan Lerai Tulang Ikan Susu
 HAVOC Food Festival
 Walk For World Peace
 Pasport Pelancongan Budaya
 Malam Kerohanian
 Cabutan Bertuah (Cabutan Bertuah Utama Motor Benelli VZ 125i)
 Pameran / Jualan /Demostrasi

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button