Berita
Festival Hijrah Kemerdekaan meriahkan Masjid Bandar Baru Senawang

SEREMBAN: Orang ramai dijemput memeriahkan Festival Hijrah Kemerdekaan yang bakal berlangsung pada 27 September 2025 (Sabtu) di Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban bermula jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam.
Festival ini menawarkan pelbagai pengisian menarik sesuai untuk semua golongan masyarakat, antaranya Malam Cinta Rasul, Senamrobik, Bicara Wanita, Barista Berbakat dan Eksplorasi Hijrah, selain pelbagai aktiviti lain yang pasti menceriakan pengunjung.
Orang ramai disaran hadir bersama keluarga dan sahabat bagi sama-sama memeriahkan program ini.
Untuk butiran lengkap, sila imbas kod QR yang disediakan pada poster rasmi.