BeritaKolumnis

Filipina terima minyak daripada Malaysia

Betul atau hanya mainan politik?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan daripada Kerajaan Filipina yang mendakwa bahawa mereka membeli minyak daripada Malaysia.

Walaupun begitu, isu sebenar adalah lain daripada yang disampaikan.

Kerajaan Filipina merupakan pembeli yang membeli minyak daripada Vitol sebuah syarikat perdagangan minyak antarabangsa.

Disebabkan itu berlaku suatu proses jual beli antara dua pihak dan tidak melibatkan minyak daripada Malaysia mahupun Petronas.

Sebaliknya minyak tersebut dibeli daripada pasaran global.

Namun begitu, isu yang disuarakan bagaimana minyak tersebut boleh berada di negara kita?.

Untuk pengetahuan, Malaysia hanya merupakan transit minyak tersebut.

Minyak tersebut perlu diproses atau disimpian sebelum diserahkan kepada pembeli, dalam kes ini pembeli tersebut adalah Filipina.

Jadi kenyataan daripada Kerajaan Filipina bahawa mereka membeli minyak tersebut daripada Malaysia adalah.

Sebaliknya minyak tersebut dibeli daripada pihak lain dan ‘singgah’ di Malaysia sebelum diserahkan kepada mereka.

Meskipun begitu, ia merupakan satu senjata bagi beberapa figura politik untuk menjadikan bahan bagi mencemarkan nama baik kerajaan.

Daripada sini jelaslah bahawa isu ini hanyalah mainan orang politik untuk mengelirukan rakyat.

Adalah lebih baik tabayyun sebelum ‘tibaiyun’ yang akhirnya memakan diri.

 

Show More

Related Articles

Back to top button