Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025)
PUTRAJAYA: Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025) yang dianjurkan oleh Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, adalah satu landasan utama untuk bersama-sama merancang masa depan ekonomi negara.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dengan Malaysia bersedia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, FEM2025 menjadi medan penting untuk memperkukuh asas ekonomi negara sambil membincangkan bagaimana kita dapat menghadapi cabaran global dengan lebih yakin.
“Tahun ini, fokus FEM2025 adalah jelas iaitu meletakkan Malaysia di landasan yang kukuh untuk pertumbuhan mampan, progresif, dan inklusif. Pendekatan ini bukan sahaja menumpukan kepada pertumbuhan angka ekonomi, tetapi memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat manfaat secara langsung daripada dasar-dasar yang dirangka.
“Di bawah aspirasi Ekonomi MADANI, forum ini mengumpulkan pelbagai pemegang taruh; daripada penggubal dasar, ahli ekonomi, komuniti perniagaan, pelabur, sehingga rakyat biasa untuk mencetuskan perbincangan dan penyelesaian yang relevan dengan cabaran semasa.
“Acara ini akan menyaksikan pembabitan langsung menteri-menteri Kabinet yang bakal berkongsi rancangan mereka, pakar ekonomi dan akademik ternama, baik dari dalam mahupun luar negara serta pemimpin korporat dan profesional yang membawa perspektif segar tentang peluang ekonomi masa depan.
Butiran Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025) adalah seperti berikut:
Tarikh: 9 Januari 2025
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre
Masa: 9.30 pagi – 6.20 petang
Daftar kehadiran anda sekarang:
https://fem.ekonomi.gov.my/request-invitation
Barisan jemputan dan ahli panel:
https://fem.ekonomi.gov.my/speakers
Semak agenda program: