Gejala dadah dan vape dalam belia Melayu membimbangkan

PUTRAJAYA: Gejala dadah serta ‘vape’ atau rokok elektronik dalam kalangan belia Melayu semakin membimbangkan.
Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi tersebut semakin parah serta memerlukan penyelesaian menyeluruh dengan mengambil pelbagai kaedah termasuk kaunseling dan dakwah.
“Masalah ini turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, sekaligus mencerminkan begitu serius ancaman ini terhadap masa depan negara.
“Tolong bincang di samping mencari jalan dengan menggunakan apa jua kaedah dan keperluan.
“Adakah memerlukan khidmat kaunseling dan dakwah?.
“Ini kerana puluh tahun masih belum selesai,” ujar Anwar di Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI.
Dalam pada itu, Anwar turut menambah bahawa gejala ini juga melibatkan kaum lain.
“Walaupun begitu, ia lebih parah dalam kalangan anak Melayu.
“Oleh itu, penyelesaian secara kolektif perlu dilakukan agar masalah ini dapat dibendung,” tambah beliau.