Berita

Genap setahun pimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

12 Ogos 2023 merupakan satu lagi detik bersejarah apabila keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN ke-15) menyaksikan rakyat telah memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk mengemudi negeri ini dengan mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Hari ini, genaplah sudah setahun Negeri Sembilan dikemudikan oleh dua parti gabungan ini yang dipimpin oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dan barisan Exco yang lain.

Pelbagai perubahan dapat kita saksikan meskipun dalam masa yang begitu singkat. Manakan tidak, berbekalkan pengalaman yang dibawa oleh BN sudah tentu dapat memantapkan lagi Kerajaan Negeri pada hari ini.

Belanjawan yang dihasilkan tahun lalu juga menunjukkan komitmen dua parti gabungan ini serius dalam menunaikan manifesto yang telah dijanjikan ketika PRN. Hal ini dapat kita lihat bahawa Skim Sejahtera Rakyat yang ditawarkan dalam manifesto mereka telah pun ditunaikan ketika pembentangan Belanjawan 2024.

Selain itu, beberapa aspek lain seperti ekonomi, pembangunan, pendidikan, kesejahteraan rakyat, belia dan wanita turut tidak terlepas daripada perhatian Kerajaan Negeri. Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa tidak ada satu pun yang terlepas daripada menerima manfaat kerajaan yang dipimpin dua parti gabungan ini.

Kekuatan dan keakraban dua parti yang dahulunya lawan kini kawan juga dapat dilihat dalam beberapa program yang melibatkan mereka. Malahan, dalam Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 baru-baru ini kita dapat lihat mereka sempat bergurau senda di dalam dewan. Ini menunjukkan sikap profesional dalam diri mereka begitu tepi dalam menolak permusuhan demi mengutamakan kesejahteraan negeri. Walaupun begitu, terdapat beberapa percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan dengan meniupkan khabar angin bahawa wujudnya Langkah Seremban. Namun, ianya sekadar sia-sia apabila kedua-dua belah pihak menafikan wujudnya langkah itu dan sehingga ke hari ini mereka semakin kukuh dalam memimpin negeri.

Semoga kedua-dua parti gabungan akan terus memimpin dan membangunkan Negeri Sembilan dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera.

Show More

Related Articles

Back to top button