Berita

Gobind Singh pengerusi DAP yang baharu, Anthony Loke kekal sebagai setiausaha agung

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo dipilih sebagai pengerusi DAP yang baharu menggantikan Lim Guan Eng dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang berlangsung sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di sini.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook pula mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung bagi penggal 2025-2028.

Seorang lagi wakil DAP Negeri Sembilan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J.Arul Kumar dipilih sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

Manakala ADUN Bahau, Teo Kok Seong dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa CEC.

Berikut senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Penggal 2025-2028:

Penasihat Parti: Lim Guan Eng

Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo

Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming

Naib Pengerusi Kebangsaan:
1) Chong Chieng Jen
2) Teo Nie Ching
3) Ng Suee Lim
4) Syahredzan Bin Johan
5) Arul Kumar A/L Jambunathan

Setiausaha Agung: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Agung:
1) Sim Chee Keong
2) Yeoh Tseow Suan
3) Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh

Bendahari Kebangsaan: Ngeh Koo Ham

Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Khoo Poay Tiong

Penolong S/U Organisasi Kebangsaan:
1) Lee Chin Chen
2) Tan Hong Pin

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Yeo Bee Yin

Penolong S/U Publisiti:
1) Young Syefura Binti Othman
2) Wong Shu Qi

Setiausaha Antarabangsa: Kasthuriraani A/P Patto

Penolong S/U Antarabangsa: Alice Lau Kiong Yieng

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Lee Chuan How

Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Vivian Wong Shir Yee

Pengarah Strategik: Liew Chin Tong

Pengarah Dasar: Chan Foong Hin

Pengarah Pilihanraya: Wong Kah Woh

Ahli Jawatankuasa:
1) Teo Kok Seong
2) Chow Kon Yeow
3) Liow Cai Tung

Show More

Related Articles

Back to top button