Gotong-royong bakal dilaksanakan setiap minggu oleh PBT
SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, program Gotong-royong Hari Cuci-Cuci Malaysia tidak akan fokus pada satu hari setiap tahun.
“Sebaliknya, akan dilaksanakan setiap minggu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Hal ini kerana, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua PBT di Negeri Sembilan untuk meneruskan Gotong Royong Hari Cuci-Cuci Malaysia sepanjang masa dengan kekerapan sekali seminggu oleh setiap jabatan dalam PBT mengikut turutan sepanjang masa.
“Secara tidak langsung, ia akan memfokuskan tempat-tempat tertentu yang memerlukan aktiviti gotong-royong dengan kerjasama organisasi tempatan.
“Ia juga memastikan setiap anggota dalam PBT mempunyai tanggungjawab supaya kawasan di bawah seliaan mereka sentiasa bersih dan selamat,” kata Arul Kumar.