Berita
Gotong-royong eratkan silaturahim antara masyarakat
PILAH: Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, selain mengeratkan silaturahim, aktiviti ini juga dapat menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan setempat.
“Antara kawasan yang dibersihkan adalah tanah perkuburan, Dewan Harmoni dan kawasan kampung sekitar.
“Terima kasih kepada Skuad Waghih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang mengadakan program ini.
“Semoga program seperti ini dianjurkan lagi pada masa depan,” kata Noorzunita.