
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren telah turun padang bagi menyantuni komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 9.
Gunasekaren berkata, perjumpaan tersebut bagi membincangkan isu-isu setempat yang berlaku.
“Pengeru KRT Fasa 9, Encik Anuar Hamid turut menyuarakan keperluan penduduk setempat.
“Pelbagai cadangan, perkongsian serta pandangan dibincangkan dalam pertemuan ini.
“Diharapkan kerjasama erat antara pihak KRT, agensi kerajaan dan wakil rakyat akan terus diperkukuhkan dalam memastikan pembangunan komuniti yang lebih harmoni dan mampan,” kata Gunasekaren.



