BeritaMenarik

Gunasekaren santuni peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengadakan lawatan ke Bazar Ramadhan Taman Seremban Jaya.

“Saya meluangkan masa dan beramah mesra bersama peniaga dan orang ramai yang mengunjungi bazar tersebut.

“Bazar Ramadhan Taman Seremban Jaya menempatkan lebih 30 gerai makanan seperti kuih-muih, lauk-pauk dan minuman.

“Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan Muslim,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Pengerusi Bazar Ramadhan Taman Seremban Jaya, Encik Yazya Isnin; Ahli Majlis Rembau, Encik Mohan dan Naib Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan (DAPSY), Cik G.Nancy.

Show More

Related Articles

Back to top button