BeritaMenarik

Gunasekaren santuni peniaga dan pengunjung Karnival Deepavali Negeri Sembilan

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren telah menghadiri Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2024 sebagai jemputan khas yang berlangsung di Jalan Dato’ Lee Fong Yee dan Taman AST, Seremban.

Gunasekaren berkata, Karnival Deepavali anjuran Kerajaan Negeri Sembilan ini telah bermula sejak 21 Oktober hingga 30 Oktober 2024.

“Karnival ini berjalan di kedua-dua tempat secara serentak selama 10 hari.

“Para pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli belah pakaian, kuih muih, barang perhiasan diri dan perhiasan rumah tetapi juga dihiburkan dengan persembahan penyanyi tempatan.

“Saya juga berkesempatan melawat dan menyantuni setiap peniaga di booth masing-masing dan pengunjung karnival,” katanya.

Gunasekaren berkata, perkhidmatan bas yang disediakan buat pertama kalinya dapat memberi peluang kepada pengunjung menggunakan perkhidmatan bas ke tapak karnival dengan lebih mudah dan dapat mengelak kesesakan lalu lintas.

“Saya juga mohon para anggota RELA yang ditugaskan memainkan peranan dan sentiasa prihatin dengan para pengunjung serta pihak peniaga jika ada sebarang kecemasan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button