Berita

Gunasekaren turun padang sertai gotong-royong

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren telah turun padang bagi menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tuanku Ampuan Najihah.

Gunasekaren berkata, aktiviti tersebut dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Seremban dan agensi swasta.

“Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan kawasan persekitaran daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan sekaligus menghapuskan denggi.

“Ia juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara penduduk.

“Tahniah kepada KRT Taman Tuanku Ampuan Najihah kerana menganjurkan aktiviti sebegini dalam usaha meluangkan masa untuk bergotong-royong bagi menjaga kebersihan persekitaran,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button