BeritaYB Kita

Gunasekaren turun padang tinjau lampu isyarat retak

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren telah turun padang bagi meninjau aduan berkaitan lampu isyarat retak di simpang berhadapan Restoran In Lai, Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, lawatan tersebut diadakan bagi melihat situasi semasa.

“Dalam lawatan itu, pengadu turut menyuarakan kebimbangan bahawa lampu isyarat tersebut berisiko tumbang serta menghempap pengguna jalan raya sekiranya tindakan segera tidak diambil.

“Terdapat juga aduan mengenai rimbunan dahan pokok yang menghalang pandangan lampu isyarat di persimpangan tersebut.

“Oleh hal yang demikian, saya telah memanjangkan isu ini kepada Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah.

“Puan Jamilah kemudiannya bertindak pantas dengan mengemukakan aduan berkenaan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren turut merakamkan penghargaan kepada Puan Jamilah atas kerjasama dan tindakan segera yang diambil demi keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button