BeritaMenarik

‘Dapat geran hak milik kekal, dah tak risau di akhir hayat

Hak anak dan cucu terjamin

SEREMBAN: Rata-rata pemilik kediaman yang ditemui, bersyukur dan gembira setelah permohonan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Encik Amran Abdul Rahman, 60, dari Taman Desa Ixora, Senawang, yang telah memiliki rumah beliau sejak 25 tahun lalu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang memberi ruang dan peluang untuk memiliki geran hak milik kekal (freehold).

“Kalau tak, kena tunggu 99 tahun. Risau juga kalau kerajaan ambil balik kawasan perumahan ini, nak buat kilang ke (kawasan industri).

Hak anak dan cucu terjamin

Amran berkata, inisiatif Kerajaan Negeri ini satu kebaikan kepada rakyat.

“Bukan kerajaan nak jual lot rumah kita.

“Apabila sudah mendapat geran hak milik selama-lamanya, kedudukan anak dan cucu terjamin.

“Sementara masih ada ini (hidup), urusan ini dah selesai. Dah lega hati saya dan di akhir hayat nanti pun saya tak kisah,” ujar Amran.

Amran berkata demikian kepada Negeri Kita di Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Pajakan (Leasehold) kepada Hak Milik Kekal (Freehold) di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

Seramai 12 pemilik kediaman dari Daerah Seremban menerima geran hak milik kekal daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dalam majlis tersebut.

Dasar penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya (Leasehold to Freehold) bagi tanah-tanah berstatus kediaman adalah merupakan salah satu tawaran Kerajaan Negeri Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) yang telah dilaksanakan pada tahun 2020.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyerahkan geran kediaman hak milik kekal kepada Encik Amran Abu Bakar
Show More

Related Articles

Back to top button