Berita

Jalan Nilai – Labu – Bandar Enstek siap Julai 2026

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, projek pembinaan Jalan Nilai – Labu – Bandar Enstek (NLE) telah dimulakan semula.

“Kontraktor sebelum ini bermasalah dan Kementerian Kerja Raya telah melantik sebuah kontraktor baharu.

“Kontraktor baharu ini sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan projek yang tergendala sebelum ini.

“Projek jalan sepanjang 18 kilometer ini dijangka siap pada Julai 2026.

“Apabila projek jalan ini siap, ia akan memberi kemudahan dan dijangka akan mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Nilai terutamanya ketika waktu puncak,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian semasa Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

 

Foto: AI Generated

Show More

Related Articles

Back to top button